Personal tools
You are here: Home Practice Areas Government MyMesyuarat - CoP

MyMesyuarat - CoP

by admin last modified Jun 01, 2012 03:28 PM

MyMesyuarat merupakan sistem pengurusan keputusan mesyuarat atas talian dan tanpa kertas. Ia merupakan salah satu produk dari Bahagian Dasar & Perancangan ICT (BDPICT) MAMPU dan dibangunkan mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1991, Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerajaan. Projek ini melibatkan 25 Kementerian dan tiga agensi di bawah setiap Kementerian (100 agensi) dalam tempoh 14 bulan (September 2011 hingga November 2012). Servis MyMesyuarat disediakan di atas Cloud MAMPU, di mana kementerian tidak perlu menyediakan infrastruktur. Selaras dengan projek ini, BDPICT telah mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pendapat melalui ruangan Community of Practice (CoP) yang telah disediakan di bawah.

Ploneboard Forum by admin — last modified Jul 23, 2012 09:45 AM
Ruangan forum disediakan bagi membolehkan semua pengguna MyMesyuarat membincangkan sebarang isu mengenai sistem ini. Terdapat 4 topik forum yang telah disediakan. Antaranya adalah Super Administrator, Urus Setia, Pengaturcaraan Sistem dan Penggunaan Am. Sila daftarkan diri anda sebelum menyertai mana-mana topik forum di bawah.
Document Actions