Personal tools
You are here: Home News Penubuhan KOSTEM

Penubuhan KOSTEM

by hazim last modified Jun 21, 2012 01:31 PM
— filed under:

Kisah penubuhan KOSTEM ( Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad )

Penubuhan KOSTEM

KOSTEM logo

Pada awal Oktober 2010, semasa berbincang mengenai topik 'OSDC.my Master Plan' di mailling listOSDC.my, salah seorang ahli perbincangan iaitu Saudara Lutfi telah membangkit isu bagaimana untuk menjana ekonomi ahli-ahli komuniti FLOSS di Malaysia. Jadi beliau telah mencadangkan agar satu koperasi ditubuhkan sebagai platform untuk komuniti menjalankan aktiviti menjana ekonomi.
 
Cadangan itu disambut baik dan masing-masing menunjukkan sokongan terhadap idea tersebut. Lalu, setelah kurang lebih sebulan berbincang secara 'tumpang' di mailling list OSDC.my dan telah mengumpul nama-nama mereka yang berminat dengan Koperasi OSS (nama sementara ketika itu), maka mailling list (Google Groups) khusus untuk perbincangan berkenaan koperasi yang bakal ditubuhkan. Bermula dari situ perbincangan semakin rancak dengan topik pertama mencari nama rasmi bagi koperasi tersebut. Setelah cadangan demi cadangan dan undian dilakukan makaKoperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad, atau ringkasnya KOSTEM, telah dipilih sebulat suara.
 
Perbincangan diteruskan dengan pencarian motto, logo dan yang berkaitan.
 
                
Logo KOSTEM yang telah direka oleh ApOgEE


Rujukan asal : MelayuBuntu
 
Document Actions