Panggilan Untuk Penghantaran Kajian Kes OSS untuk Anugerah Kajian Kes OSS Kebangsaan 2009
OSCC MAMPU membuka kepada penghantaran Kajian Kes “Open Source Software” (OSS) untuk Anugerah Kajian Kes OSS Kebangsaan 2009. Kajian kes OSS ini terbuka kepada semua Agensi Sektor Awam termasuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik. Penyampaian anugerah akan diadakan bersempena dengan “MSC Malaysia Open Source Conference 2009”.
Pengenalan
OSCC MAMPU membuka kepada penghantaran Kajian Kes “Open Source Software” (OSS) untuk Anugerah Kajian Kes OSS Kebangsaan 2009. Kajian kes OSS ini terbuka kepada semua Agensi Sektor Awam termasuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik. Penyampaian anugerah akan diadakan bersempena dengan “MSC Malaysia Open Source Conference 2009”. Anugerah dibahagikan kepada 3 kumpulan :-
Kumpulan 1 : Agensi Sektor Awam selain daripada IPTA dan Politeknik;
Kumpulan 2 : IPTA & Politeknik; dan
Kumpulan 3 : Pelajar IPTA & Politeknik.
Penghantaran kajian kes OSS amat dialu-alukan untuk tujuan perkongsian ilmu. Diminta agar tidak menyerahkan semula kajian kes OSS yang telah dibuat pada tahun 2008. Kajian kes OSS terbaik juga layak untuk Anugerah Kajian Kes OSS Kebangsaan 2009 peringkat akhir yang akan diadakan bersempena dengan MyGOSSCON 2009 pada November 2009.
Anugerah kajian kes OSS adalah berdasarkan kategori penyelesaian berikut:
Desktop
Infrastruktur
Applikasi
Desktop
Penyelesaian desktop termasuk applikasi komputer peribadi untuk meningkatkan produktiviti pengguna. Ini termasuk penggantian desktop OSS seperti Ubuntu atau Fedora Linux untuk pengguna secara keseluruhan atau penggunaan applikasi produktiviti desktop seperti OpenOffice.org, Mozilla Thunderbird Mail, Evolution Mail, pelayar web Firefox dan perisian pengubahan gambar GIMP.
Infrastruktur
Penyelesaian infrastruktur termasuk perkhidmatan perkomputeran yang merangkumi back-end environment seperti server email, DNS, server web, firewall, server fail, backup dan lain-lain servis rangkaian.
Applikasi
Penyelesaian applikasi adalah implimentasi penyelesaian khusus atau bolehubah untuk memenuhi keperluan perniagaan atau operasi seperti applikasi berasaskan web atau portal yang dibangunkan dan diimplimentasikan untuk memenuhi keperluan awam.
Penghantaran
Template
Template untuk penghantaran disediakan. Disarankan bahagian utama dikekalkan seperti sedia ada, walau bagaimanapun bahagian tambahan boleh ditambah. Penghantaran dalam Bahasa Malaysia juga diterima dengan syarat ia mengikut format yang sama.
Bahasa Inggeris adalah digalakkan, oleh kerana kajian kes ini akan digunakan untuk perkongsian perlaksanaan OSS Malaysia dan dihebahkan kepada peserta antarabangsa.
Template kajian kes
Contoh kajian kes
Kajian kes tempatan di OSCC MAMPU Knowledge Bank
http://knowledge.oscc.org.my/case-studies
Tarikh akhir penghantaran
Tarikh akhir penghantaran ialah pada 8 May 2009.
Nota: Peserta akhir akan dapat mengemaskini penghantaran mereka untuk peringkat akhir Anugerah Kebangsaan pada November 2009.
Pemarkahan untuk Anugerah
Pemarkahan adalah berdasarkan kepada 4 kriteria dengan markah yang lebih tinggi adalah lebih baik. Ini dinyatakan secara terus dalam soalan dalam template kajian kes.
1.Inovasi kriteria ini mengukur inovasi dan kreativiti. Ini termasuk proses perniagaan, pengurusan pertukaran termasuk implimentasi dan pembangunan penyelesaian teknikal.
2.Kesan kriteria ini mengukur kesan daripada penyelesaian dari segi jumlah pengguna, tempatan vs antarabangsa dan juga nilai.
3.Kualiti/Pengiktirafan kriteria ini mengukur kualiti penyelesaian, ini termasuk pematuhan kepada standard web, rekabentuk senibina dan juga pengiktirafan daripada pengguna. Ia juga termasuk sebarang pengiktirafan projek yang didapati daripada pengguna dan juga anugerah kerajaan.
4.Perkongsian ilmu/Produk kriteria ini mengukur sebanyak mana pengetahuan yang agensi ada dihebahkan kepada umum, ini termasuk seminar dan perbentangan, dokumentasi teknikal dan bukan teknikal(panduan) dan sebagainya di laman web agensi atau melalui kaedah lain termasuk projek laman web OSS.
Setiap daripada kriteria di atas bernilai maksimum 5 markah. Sebagai tambahan, 3 markah bonus akan diberikan jika SEMUA daripada tiga(3) komponen berikut menggunakan perisian sumber terbuka:
Sistem operasi
Bahasa/rangka kerja dan
Komponen infrastruktur.
Kelayakan
Semua agensi Sektor Awam, IPTA/Polikteknik dan semua pelajar mereka adalah layak.
Penyerahan Penghantaran
Sila hantar pertanyaan dan kajian kes ke casestudy@oscc.org.my . Jika saiz fail terlalu besar untuk dihantar melalui email, sila sediakan link.
Peserta Akhir Dan Pemenang
Kumpulan 1 – 3 peserta akhir akan dipilih dan dianugerahkan untuk setiap kategori penyelesaian. Seorang pemenang akan dipilih untuk setiap kategori daripada peserta akhir.
Kumpulan 2 – 3 peserta akhir akan dipilih dan dianugerahkan untuk semua kategori penyelesaian. Seorang pemenang akan dipilih untuk semua kategori penyelesaian daripada peserta akhir.
Kumpulan 3 – 3 peserta akhir akan dipilih dan dianugerahkan untuk semua kategori penyelesaian. Seorang pemenang akan dipilih untuk semua kategori penyelesaian daripada peserta akhir.
Ini menjadikan secara keseluruhan 15 peserta akhir dan 5 orang pemenang.
Semua penghantaran kajian kes akan disusun dan dimuat naik ke laman web OSCC MAMPU. Kajian kes terpilih juga akan disusun untuk penerbitan.
MSC Malaysia Open Source Conference 2009
Call for OSS Case Studies Submissions for 2009 National OSS Case Study Awards

