Program Technology Update di Negeri Sembilan Darul Khusus
Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan akan mengadakan Program Technology Update di peringkat Negeri Sembilan. Program ini dirancang akan diadakan pada 25 June 2008 (Rabu) di Dewan Theatrette, Tingkat 0, Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan, pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Jemputan yang akan hadir adalah terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan serta Agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang dijangkakan seramai 300 orang. Pihak OSCC< MAMPU dijemput untuk memberi taklimat berkaitan Penggunaan Perisian Sumber Terbuka (OpenOffice) di Jabatan Kerajaan dan menyertai pameran.
| What |
|
|---|---|
| When |
Jun 25, 2008 from 08:00 am to 05:00 pm |
| Where | Dewan Theatrette, Tingkat 0, Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan |
| Contact Name | Pn. Suraya Mazni Sulaiman |
| Contact Email | mazni@ns.gov.my |
| Contact Phone | 012 - 608 0784 |
| Add event to calendar |
|
Objektif program:
- Meningkatkan pengetahuan mengenai perkembangan semasa berkaitan teknologi maklumat (IT) kepada pegawai dan kakitangan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan;
- Memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai pelaksanaan projek-projek ICT di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan;
- Untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan awam di Negeri Sembilan supaya sentiasa mengemaskini pengetahuan mereka mengenai teknologi-teknologi terkini yang sedang berkembang pada masa kini;
- Memberi peluang kepada pihak pembekal untuk mencadangkan perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada Kerajaan Negeri untuk tujuan penambahbaikan infrastruktur ICT di Negeri Sembilan;
- Mengeratkan lagi hubungan
dan rangkaian di kalangan pegawai dan kakitangan awam di setiap Jabatan
serta Agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

